Thursday, January 26, 2012

Meralisasikan impian pelajar sejak 2002

Kami telah buktikan ramai yang telah berjaya bersama kami. Komitmen kami untuk merealisasikan impian pelajar tetap berterusan. Kami memilih guru-guru yang terbaik. Kami merangkak dari bawah dan tidak meniru-niru . Kami percaya guru yang baik membawa kejayaan kepada pusat tuisyen kami. Satu guru khas untuk satu matapelajaran itu visi kami supaya mereka fokus. Kami susun jadual mengikut keupayaan pelajar. Kami tidak bebankan pelajar dengan 6 jam belajar beterusan , pelajar mungkin boleh tapi hasilnya melantun kerana otak perlukan masa rehat. Jadual kami kebanyakannya malam tujuannya supaya apa yang dipelajari tersimpan sebelu tidur. Kami tidak membebankan pelajar pada hujung minggu, biarlah mereka berehat bersama keluarga. Jangan dera anak anda sehingga 7 hari seminggu untuk belajar.  Jadual kami sentiasa konsisten tidak dibatal sewenang-wenangnya kerana kami memahami ibu bapa telah merancang perjalanan harian, mingguan dan bulanan. Hasilnya kami telah berjaya melahirkan pelajar cemerlang. Ibu bapa tidak akan rugi dengan pelaburan yang dilakukan bak mutiara kata  "jika kita tidak mampu mengutuskan secebis kesenangan kepada anak kita, berusahalah supaya kita tidak mengirimkan sezarah kesusahan kepadanya"

No comments:

Post a Comment